Senin, 15 Juli 2013

Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai...


Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Karena itu barang siapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Al Baqarah: 256)

Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliah) bermusuh musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk. Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung. (Ali Imran: 102-104)

_____________________________________________________________________

Masyarakat Arab Jahiliah.

I. Pengenalan.
Perkataan Jahiliah berasal daripada perkataan dalam bahasa arab, jahala yang bermaksud jahil dan tidak mengetahui atau tidak mempunyai ilmu pengetahuan. Istilah ini telah digunakan oleh orang islam untuk menggambarkan perubahan yang dibawa oleh islam dalam corak kehidupan dan pemikiran masyarakat. Masyarakat Arab Jahiliah pula ialah masyarakat yang hidup di Semenanjung Tanah Arab dalam jangka masa selepas runtuhnya *Empangan Maarib di *Sabak. Jangka masa Zaman Jahiliah ini adalah lebih kurang 310 tahun,iaitu dari tahun 300 M hingga 610 M.seperti yang ditunjukkan dalam carta masa dibawah.Masyarakat Arab ini digelar sebagai masyarakat arab jahiliah kerana mereka tidak mengikut ajaran para *nabi dan *rasul sebelumnya seperti Nabi Sulaiman ,Nabi Ibrahim ,Nabi Ismail,Nabi Musa,Nabi Isa dan lain-lain.

II. Tarikh (Sejarah/Waktu) & Peristiwa.
300 Masehi: Pecahnya Empangan Maarib
500 Masehi: Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.
610 Masehi: Turun wahyu kepada Nabi Muhammad

Zaman Jahiliah dianggap sebagai zaman kegelapan kerana masyarakat Arab Jahiliah tidak menyembah Allah Yang Maha Esa malah kebanyakan mereka menyembah berhala dan mempercayai animisme. kehidupan masyarakat Arab Jahiliah adalah kucar-kacir kerana pada masa itu,tiada nabi atau rasul dan kitab suci yang boleh dijadikan petunjuk dalam kehidupan. Ahklak mereka adalah rendah,misalnya mereka bersifat kejam,angkuh dan degil.Dengan kedatangan Islam,kehidupan masyarakat Arab Jahiliah mulai mengalami proses perubahan.

III. Ciri-ciri masyarakat Arab Jahiliah.
Secara umum,masyarakat Arab Jahiliah boleh dikategorikan kepada dua golongan,iaitu masyarakat Badwi dan masyarakat Hadari.Masyarakat Badwi tinggal di kawasan gurun dan pendalaman,iaitu di bahagian tengah Semenanjung Tanah Arab.Masyarakat Hadari pula menetap di kawasan persisir pantai Semenanjung Tarah Arab.Oleh sebab kawasan penempatan mereka berbeza,maka,secara tidak langsung,cara hidup dan pencapaian masyarakatnya juga berbeza.Ciri-ciri kehidupan masyarakat Arab Jahiliah dapat dilihat dari segi agama,sosial,ekonomi,kepercayaan dan nilai hidup yang dipegang.

Masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan perbuatan yang tidak bermoral seperti berjudi,berzina dan meminum arak. Mengikut fahaman mereka,seseorang lelaki yang meminum arak sehingga mabuk,menunjukkan mereka telah sempurna seperti lelaki. *Kedudukan wanita dalam masyarakat pula adalah rendah,sehinggakan mereka tidak dapat mewarisi harta pusaka tinggalan ibubapa mereka.Terdapat di kalangan mereka yang menanam bayi perempuan sejurus selepas lahir.Pembunuhan terhadap bayi perempuan ini dilakukan kerana mereka beranggapan anak perempuan akan menjatuhkan maruah keluarga (Lihat surah An Nahl: 57-59).Dalam soal perkahwinan pula,tidak ada peraturan khusus yang boleh dijadikan panduan oleh masyarakat.Seseorang lelaki boleh berkahwin dengan beberapa orang wanita sekaligus atau dengan sesiapa yang disukainya.

Aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh para pedagang berasaskan riba dan penindasan.Sikap para peniaga pula lebih mementingkan keuntungan semata-mata.Kegiatan merompak dan merampas barangan daripada *kafilah di padang pasir juga merupakan punca mata pencarian masyarakat Arab Jahiliah.Merompak dikatakan sebagai kewajipan yang harus dilakukan oleh setiap individu dalam setiap kabilah.Selain itu,eksploitasi golongan kaya terhadap golongan miskin merupakan amalan biasa yang dilakukan oleh orang berada.

Tedapat empat bentuk kepercayaan agama dalam masyarakat Arab Jahiliah,iaitu agama wathani (menyembah berhala),animisme (memuja alam seperti pokok), samawi (kristian dan yahudi) dan kepercayaan *khurafat (seperti menilik nasib,sihir dan mempercayai roh orang mati menjadi burung.)

Berdasarkan catatan Al-Quran terdapat sebilangan kecil masyarakat Arab Jahiliah menganut *agama hanif.Setelah kira-kira 3500 tahun, penganut agama hanif telah melupakan ajaran ini secara beransur-ansur.Terdapat juga di kalangan mereka yang mencampuradukkan ajaran agama hanif dengan amalan tradisi masyarakat Arab Jahiliah.

Masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan sistem kabilah yang berasaskan cara hidup berpuak-puak dan berkelompok.Dalam sesebuah kabilah,ahlinya terdiri daripada suku tertentu dan mereka tinggal dalam sebuah kawasan.Setiap kabilah mempunyai identiti dan peraturannya sendiri sementara ahli kabilah pula sangat taksub dan fanatik terhadap kabilah masing-masing.Sesuatu kabilah diketuai oleh seorang Syeikh yang juga merupakan lambang perpaduan kaum mereka.Pelantikan syeikh dalam sesebuah kabilah adalah berdasarkan syarat-syarat tertentu.Antaranya ,bakal syeikh tersebut mestilah disukai oleh ahli kabilah dan dilantik atas persetujuan ramai.Beliau juga mestilah berfikiran matang ,gagah,berani,dan pandai berpidato.

Amalan sistem kabilah ini telah mendatangkan kesan yang negatif kepada masyarakat Arab Jahiliah.Kesan utamanya ialah kemunculan semangat assabiah atau semangat kesukuan yang melampau dan tercetusnya perperangan dikalangan masyarakat.Kemunculan semangat assabiah ini berpunca daripada struktur Sistem Kabilah yang berasaskan keturunan.Dalam sistem kabilah setiap puak tinggal dalam kelompok masing-masing dan mereka terikap pada peraturan yang telah ditetapkan oleh kabilah mereka.Keadaan ini telah menimbulkan perasaan kesukuan yang menebal di kalangan ahli kabilah.Mereka juga sanggup menuntut bela demi mempertahankan maruah diri dan kabilah mereka.

Selain itu,kemunculan sifat ini juga berkait rapat dengan keadaan geografi dan suasana tempat tinggal mereka yang panas dan kering kontang.Untuk meneruskan kehidupan,sesuatu kelompok kabilah Arab Jahiliah terpaksa mengatasi masalah yang dihadapi secara bersama.Sifat kesukuan yang menebal ini menjadikan kehidupan hidup masyarakat Arab Jahiliah kucar-kacir dan tidak aman.Perkara ini sering kali menjadi punca persengketaan di kalangan masyarakat Arab Jahiliah.

Perperangan antara satu kabilah dengan satu kabilah yang lain akan berlaku walaupun atas sebab yang kecil. *Perperangan al-Basus memperlihatkan sikap orang Arab Jahiliah yang suka berperang sesama sendiri.


Keterangan:
*Empangan Maarib runtuh.
- disebabkan berlakunya banjir besar.
- disebabkan kelalaian pemimpin Sabak untuk memperbaikinya.

*Kerajaan Sabak.
- wujud dalam dua peringkat,iaitu :- 1950-650 SM dan 2650-115 SM .
- ekonominya berasaskan pertanian dan perdagangan.
- pernah diterajui oleh pemimpin wanita yang dikenali sebagai Ratu Balqis

*Nabi.
orang lelaki yang dipilih oleh Allah untuk menerima wahyu daripada-Nya untuk dirinya sendiri

*Rasul.
orang lelaki yang dipilih oleh Allah untuk menerima wahyu daripada-Nya untuk dirinya sendiri dan juga untuk disampaikan kepada orang ramai.

*Kedudukan wanita pada zaman Jahiliah.
Dan mereka menetapkan bagi Allah anak-anak perempuan. Maha Suci Allah, sedang untuk mereka sendiri (mereka tetapkan) apa yang mereka sukai (yaitu anak-anak laki-laki). Dan apabila seseorang dari mereka diberi kabar dengan (kelahiran) anak perempuan, hitamlah (merah padamlah) mukanya, dan dia sangat marah. Ia menyembunyikan dirinya dari orang banyak, disebabkan buruknya berita yang disampaikan kepadanya. Apakah dia akan memeliharanya dengan menanggung kehinaan ataukah akan menguburkannya ke dalam tanah (hidup-hidup)?. Ketahuilah, alangkah buruknya apa yang mereka tetapkan itu. [SUMBER: terjemahan Al-Quran, Surah An-Nahl :57-59]

*Kafilah.
kumpulan manusia yang bergerak dari satu tempat ke satu tempat dengan satu tujuan.contohnya berniaga atau berpindah.

*Khurafat.
- kepercayaan karut atau tahyul.
- antara kepercayaan khurafat masyarakat Arab Jahiliah:
i. mempercayai perjalanan yang ingin dilakukan seseorang mestilah berpandukan arah burung.
ii. mempercayai sihir dan ahli nujum.
iii. mempercayai bahawa pemakaian cincin perak dan tembaga boleh menjadikan seseorang itu kuat.

*Agama hanif.
- agama yang diturunkan oleh Allah kepada nabi-nabi terdahulu seperti yang disampaikan oleh Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s.
- penganut agama ini digelar Hunafa.

*Peperangan al-Basus.
- berlaku antara Bani Taghlib dangan Bani Bakar.
- disebabkan oleh tindakan seorang ahli Bani Bakar membunuh seorang ahli Bani Taghlib.
- perperangan ini memakan masa selama 40 tahun.

Tidak ada komentar:

Poskan Komentar